Search This Blog

Loading...

Monday, 9 September 2013

FAQ : adakah palapes mengganggu waktu belajar atau ulangkaji ?

Assalamualaikum semua :')

Alhamdulillah akhirnya pengambilan junior palapes untuk sesi akademik 2013/2014 dah pun habis :) tahniah pada korang yang berjaya mengisi borang palapes terutama sekali student lelaki ramai yang join .. tahniah jugak kepada mereka yang berjaya menghadiri ujian kecergasan pada minggu lepas .. maaf bagi yang tak dapat teruskan ujian atas sebab masalah kesihatan dan sebagainya .. mungkin rezeki korang bukan dalam palapes .. so, ada sorang blogger, syira tenSai ni bertanya :



so, aku decide nak bagi jawapan direct kat facebook .. maaf kalau rasa menceroboh ..




yes, ramai sebenarnya yang bertanyakan soalan-soalan yang seangkatan dengan soalan di atas ni .. latihan yang diadakan hanya cuti weekend je .. sabtu ahad .. 1 hari dalam 10 jam .. actually, bagus kalau masuk latihan palapes ni .. at least, cuti weekend korang terisi la jugak dengan something berfaedah .. belajar pasal ilmu ketenteraan, teori dan praktikal .. untuk peringkat junior, korang just belajar je .. nanti dah masuk peringkat peringkat intermediate, akan ada ujian palapes .. macam-macam lah .. memang rasa penat, banyak yang kena catch up, and so on .. time ni lah kita diuji macam mana nak uruskan masa antara akademik dengan kokurikulum .. jangan risau, latihan, latihan jugak .. akademik masih menjadi keutamaan .. kadang-kadang memang lah rasa macam nak keluar baris je . tak nak dah masuk palapes .. tapi, bila fikir secara matang *cececehh* fikir advantage masuk palapes .. biar susah-susah dulu, nanti mana tau senang nak carik kerja tambah-tambah ada sijil palapes .. leftenan muda pulak tu .. mesti diorang akan utamakan palapes dulu .. sebab tu kitorang diajar disiplin diri, attitude, macam mana nak bagi self confidence tu mantap ..

bak kata salah sorang daripada skuad kitorang :

dikk, masuk PALAPES :

->semangat kna kuat,
->hati kna kering,
->telinga kna tahan,,
->mental,fizikal kna mantapp,

ni semua ciri2 yang majikan nak bila dah kerja nanti, kalau kena marah sikit, nak merajuk bagai, kirim salam banyak2..ramai lagi kat luar sana yang nak tempat awak tu..

susah2 dulu, teruk2 dulu, senang2 kemudian:

->sijil Leftenan Muda PALAPES,,Yang Dipertuan Agong yg cop,,
->majikan utamakan dlu sijil kita sbb dy taw kelebihan kita,,
->competition dunia pndidikan skrg sgt2 sengit,,really tough!.u've to compete with them! klu pointer x pukul 4 rata,jgn mimpi nk keje bgus2!,,
->pelajaran dgn PALAPES kita seiringkan,,pelajaran ttp kita utamakan,,itu tujuan msuk u,,
->pdulikan apa org nk ckp psl PALAPES,,sbb dyorg X FAHAM & TUGAS KITA UTK FAHAMKAN MEREKA..

*sori agk kasar ckit,,tp tu realiti alam pekerjaan skrg,,berpijak pada bumi yg nyata*


hahah terbaik lah anyss ! so, kitorang bukan nak cakap manis, tanam tebu tepi bibir bagai, korang kena hadapi semua ni, baru korang rasa betapa peritnya bila mula2, tapi akan datang, semua yang pahit ni akan menjadi kenangan paling manis buat korang .. kitorang kadang-kadang bukannya kuat sangat untuk hadapi semua halangan, cabaran, tapi sokongan dari skuad sendiri banyak membantu .. itu yang buatkan hubungan sesama skuad kuat .. percayalah ! kalau orang lain boleh bertahan sampai ditauliahkan jadi leftenan muda, kenapa kita tak boleh ? mari sama-sama capai matlamat tu ;') harap jawapan semua ni membantu .. maaf silap bahasa, maklumat ape semua .. wallahua'lam :)

Assalamualaikum ..