Search This Blog

Friday 30 August 2013

Imbuhan Penyertaan bagi Palapes ..

Assalamualaikum ..


Para pelajar yang menyertai Kadet Palapes akan :


  1. Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejiman Askar Wataniah setelah lulus semua peringkat latihan.
  2. Mendapat sajian percuma sepanjang latihan.
  3. Mendapat elaun seperti berikut :-


  • Latihan Tempatan : RM 6.00 sejam x 240 jam = RM 1440.00 setahun
  • Latihan Berterusan : RM 27.71 sehari x 14 hari = RM 387.94 setahun
  • Latihan Khemah Tahunan : RM 27.71 sehari x 15 hari = RM 415.65 setahun
  • Bounty : RM 520.00
  • Latihan pentauliahan : RM 27.71 sehari x 14 hari = RM 387.94 setahun
  • Elaun Pakaian Istiadat : RM 1500
  • Elaun Senggaraan Pakaian : RM 400


sekian ..
sincerely,
budak publisiti :P

Assalamualaikum ..

Wednesday 28 August 2013

Konsep Latihan Palapes ..

Assalamualaikum ..

Seperti yang telah diketahui, latihan PALAPES dilaksanakan 3 tahun :

Tahun pertama = peringkat Junior .
Tahun kedua = peringkat Intermediate .
Tahun ketiga = peringkat Senior .

Pada dasarnya jenis latihan yang dijalankan adalah mirip kepada latihan angkatan tetap ATM sebagaimana yang dilaksanakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Kolej Tentera Darat (KTD) .

Jenis-jenis latihan yang dilaksanakan di PALAPES adalah :


  • Latihan Tempatan : 240 jam setahun .
  • Latihan Lanjutan : 14 hari setahun .
  • Latihan Kem Tahunan : 15 hari setahun .
  • Latihan Pentauliahan : 21 hari setahun (Pegawai Kadet Senior sahaja) .

Jangan lupa kunjungi booth kami pada hari pendaftaran kemasukan mahasiswa/i USIM bagi sesi akademik 2013/2014 !

Assalamualaikum ..

Objektif Penubuhan Palapes .

Assalamualaikum ..

kita masuk mode 'serious'/'work' pulak . haha :P



OBJEKTIF PENUBUHAN PALAPES SEBAGAIMANA SEPERTI BERIKUT :

  • Melahirkan Pegawai Sukarela yang boleh memimpin dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Melatih pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.
  • Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan universiti yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Melahirkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan untuk keperluan ketahan nasional sejajar dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
  • Menanam semangat integrasi nasional di antara pelbagai etnik dan masyarakat.
  • Menyediakan bakal pemimpin negara yang berilmu, berkeyakinan dan patriotik.




next entry, aku akan ceritakan tentang konsep latihan palapes . Insyaallah .. sekian ..

Assalamualaikum ..

Friday 16 August 2013

Pengalaman sepanjang menjalani latihan palapes .

Assalamualaikum ..

semalam dah janji kan nak bagi korang tengok gambar2 masa kitorang dah lulus syarat2 kemasukan palapes and pengalaman yang kitorang dapat dalam palapes ni . Insyaallah . kitorang kena menjalani temuduga, medical check up *termasuk berat, tinggi, bmi* ujian kecergasan, ujian IQ, ujian fizikal dan lain-lain . semua ujian ni sebagai syarat je untuk melayakkan diri masuk palapes . time ujian ni berlangsung, memang tak sangka jugak la boleh lulus . kalau korang tengok aku depan2, confirm tak caya aku boleh masuk palapes . sebab ketinggian aku tak mencukupi . gelak guling-guling cepat ! :P tapi jurulatih kitorang tak kisah sangat pasal ketinggian, yang penting komitmen kita dalam palapes ni . memang awal-awal kena sedia mental fizikal yang cukup untuk sertai palapes ni . dah habis semua ujian ni, kitorang dibawa ke markas yang terletak di UKM . kitorang dengar taklimat, ikrar dan doa segala bagai . pastu ada ikrar angkat sumpah . time ni kitorang kena isi borang menandakan kita dah setuju 100% untuk sertai palapes, berjanji yang kitorang akan setia dan menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya . haa, gituu . cuak jugak la time ni sebab kena cop 10 jari . nasib tak mintak jari kaki . eheh gurau je . korang jangan takut la nak masuk palapes ni . asal tak hilang hidung, jari, tangan, kaki, kira okay what ? ;)



- markas palapes UKM -

latihan berterusan kitorang yang pertama kat kedah . maaf kalau silap . ada ujian menembak kat sana . memang best sebab kitorang diajar cara menembak yang betul sambil dibantu pegawai-pegawai dengan jurulatih .




Ketua jurulatih palapes UKM, Lt. Kol. Mohd Sahar bin Hj. Said







serious cakap la, tak rugi pun korang join palapes ni . macam-macam yang kitorang belajar secara langsung atau tak langsung dalam palapes ni . pengalaman yang rasanya korang takkan dapat kat mana-mana tempat . kira beruntung jugak la kitorang dapat ketua jurulatih yang sangat menekankan soal agama . kalau ada masa, kitorang akan solat berjemaah sama-sama, buat forum and macam-macam lagi . tipu la kalau nak cakap takde kekurangan atau masalah langsung . kat mana-mana pun, takde tempat yang sempurna . cuma kitorang saling melengkapkan apa yang terkurang terlebih . gituu kau ayat aku nak manis macam gula melaka je gamaknya . ekekeke




susah kott kalau nak explain pengalaman yang kitorang dapat satu-persatu ni . korang kena lalui semua ni sendiri, baru korang dapat rasa apa yang kitorang rasa . ececece poyo je . bak kata korang, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian . maybe sekarang, kita akan rasa susah sikit la sebab kena belajar bahagikan masa antara akademik dengan kokurikulum serentak . akan datang, mana tau dengan sijil yang kita dapat dari palapes ni banyak membantu kita terutamanya di alam pekerjaan nanti . hoii sape tak nak amek sijil dari agong ?? sekejap je benda ni . silap hari bulan, mesti tetibe korang rasa tak percaya dah nak tauliah . 3 tahun je . eh gaya aku macam baru dapat sijil tauliah je gamaknya khonn >..<

mari kita berusaha bersama-sama . fighting ! :D
truly said, minta maaf banyak-banyak la kalau silap maklumat ke ape ke . tak reti buat ayat . lalalalala

Assalamualaikum ..

Thursday 15 August 2013

Pengambilan Pegawai Kadet Palapes UKM sesi 2013/2014 Batch 35 !

Assalamualaikum ..

hoho, dah lama aku tak update blog nie . busy woo siapkan kerja publisiti tue . finally, tuan ci dah luluskan kerja-kerja publisiti . komen beliau :  [ok go ahead, good job] walaupun komen tue 5 perkataan je tapi dah boleh buat aku happy macam nak terbang tinggi . hehe poyo . tinggal nak print je banner2, flyers, posters, pamplet2 segala bagai . tengah risau fikir bajet . ngee ^^V *ok habis introduction*


sekarang nak promote page 'Pengambilan Pegawai Kadet Palapes UKM sesi 2013/2014' untuk batch yang ke 35 . page nie dibuat oleh salah seorang skuad UKM bagi memudahkan pelajar-pelajar untuk mendaftar dan memberi maklumat yang berkaitan dengan pengambilan pegawai kadet batch 35 .

- fb cover page -


- poster -

SERTAI KAMI !!!

mungkin ada sebahagian yang tertanya-tanya kenapa ada logo UKM dengan USIM sekali . actually, Pegawai Kadet USIM bergabung dengan PK UKM sejak sesi 2009/2010 . kami bergerak under PALAPES UKM . so, kiranya kitorang batch ke-4 USIM yang menyertai Palapes UKM . indeed, kitorang kena la tunjukkan 'role model' yang baik untuk pegawai kadet junior akan datang . Insyaallah ^^

memang advantage lah kalau korang join Palapes nie . antaranya :

  • dapat credit hour yang tinggi,
  • dapat elaun,
  • dapat makan free,
  • dapat timba pengalaman,
  • dapat pegang segala macam jenis senjata,
  • dapat belajar taktik dan segala macam jenis ilmu dalam palapes,
  • and so on .

cakap sikit, siapa tak nak semua nie ?!



-------------------------------------------------------------------------

and salah satu benda yang aku belajar dari palapes nie, tentang pemakaian dalam solat *perempuan khususnya* dalam hutan, memang confirm lah kan kita tak guna telekung . so, kitorang solat tanpa telekung . dalam markas pun kadang-kadang dah terbiasa solat tanpa telekung . tapi, yang penting, kita dah tutup sempurna so that nak beribadah pun mudah je . see, nampak tak pentingnya tutup aurat ?

--------------------------------------------------------------------------



jadi, jangan ketinggalan untuk sertai kami di booth Palapes *USIM* masa pendaftaran bulan sembilan nanti !






mintak diri dulu . for the next post, aku post pasal pengalaman kitorang . Insyaallah, kalau rajin . teehee ^^V
Assalamualaikum ..