hoho, dah lama aku tak update blog nie . busy woo siapkan kerja publisiti tue . finally, tuan ci dah luluskan kerja-kerja publisiti . komen beliau : [ok go ahead, good job] walaupun komen tue 5 perkataan je tapi dah boleh buat aku happy macam nak terbang tinggi . hehe poyo . tinggal nak print je banner2, flyers, posters, pamplet2 segala bagai . tengah risau fikir bajet . ngee ^^V *ok habis introduction*
sekarang nak promote page 'Pengambilan Pegawai Kadet Palapes UKM sesi 2013/2014' untuk batch yang ke 35 . page nie dibuat oleh salah seorang skuad UKM bagi memudahkan pelajar-pelajar untuk mendaftar dan memberi maklumat yang berkaitan dengan pengambilan pegawai kadet batch 35 .
- fb cover page -

- poster -
SERTAI KAMI !!!
mungkin ada sebahagian yang tertanya-tanya kenapa ada logo UKM dengan USIM sekali . actually, Pegawai Kadet USIM bergabung dengan PK UKM sejak sesi 2009/2010 . kami bergerak under PALAPES UKM . so, kiranya kitorang batch ke-4 USIM yang menyertai Palapes UKM . indeed, kitorang kena la tunjukkan 'role model' yang baik untuk pegawai kadet junior akan datang . Insyaallah ^^
memang advantage lah kalau korang join Palapes nie . antaranya :
- dapat credit hour yang tinggi,
- dapat elaun,
- dapat makan free,
- dapat timba pengalaman,
- dapat pegang segala macam jenis senjata,
- dapat belajar taktik dan segala macam jenis ilmu dalam palapes,
- and so on .
cakap sikit, siapa tak nak semua nie ?!
-------------------------------------------------------------------------
and salah satu benda yang aku belajar dari palapes nie, tentang pemakaian dalam solat *perempuan khususnya* dalam hutan, memang confirm lah kan kita tak guna telekung . so, kitorang solat tanpa telekung . dalam markas pun kadang-kadang dah terbiasa solat tanpa telekung . tapi, yang penting, kita dah tutup sempurna so that nak beribadah pun mudah je . see, nampak tak pentingnya tutup aurat ?
--------------------------------------------------------------------------
jadi, jangan ketinggalan untuk sertai kami di booth Palapes *USIM* masa pendaftaran bulan sembilan nanti !
LIKE kami di page -> https://www.facebook.com/PengambilanPegawaiKadetPalapesUkmSesi20132014
mintak diri dulu . for the next post, aku post pasal pengalaman kitorang . Insyaallah, kalau rajin . teehee ^^V
Assalamualaikum ..
