Search This Blog

Showing posts with label pasukan palapes. Show all posts
Showing posts with label pasukan palapes. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

Konsep Latihan Palapes ..

Assalamualaikum ..

Seperti yang telah diketahui, latihan PALAPES dilaksanakan 3 tahun :

Tahun pertama = peringkat Junior .
Tahun kedua = peringkat Intermediate .
Tahun ketiga = peringkat Senior .

Pada dasarnya jenis latihan yang dijalankan adalah mirip kepada latihan angkatan tetap ATM sebagaimana yang dilaksanakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Kolej Tentera Darat (KTD) .

Jenis-jenis latihan yang dilaksanakan di PALAPES adalah :


  • Latihan Tempatan : 240 jam setahun .
  • Latihan Lanjutan : 14 hari setahun .
  • Latihan Kem Tahunan : 15 hari setahun .
  • Latihan Pentauliahan : 21 hari setahun (Pegawai Kadet Senior sahaja) .

Jangan lupa kunjungi booth kami pada hari pendaftaran kemasukan mahasiswa/i USIM bagi sesi akademik 2013/2014 !

Assalamualaikum ..

Objektif Penubuhan Palapes .

Assalamualaikum ..

kita masuk mode 'serious'/'work' pulak . haha :P



OBJEKTIF PENUBUHAN PALAPES SEBAGAIMANA SEPERTI BERIKUT :

  • Melahirkan Pegawai Sukarela yang boleh memimpin dan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Melatih pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.
  • Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan universiti yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Melahirkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan untuk keperluan ketahan nasional sejajar dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
  • Menanam semangat integrasi nasional di antara pelbagai etnik dan masyarakat.
  • Menyediakan bakal pemimpin negara yang berilmu, berkeyakinan dan patriotik.




next entry, aku akan ceritakan tentang konsep latihan palapes . Insyaallah .. sekian ..

Assalamualaikum ..

Saturday, 29 June 2013

kekuatan pasukan palapes .

Assalamualaikum ..


PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

PALAPES merupakan pusat-pusat latihan yang ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi  awam (IPTA) bertujuan melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela yang berkualiti. Silibus pembelajaran matapelajaran ketenteraan dan latihan-latihan yang digunakan di PALAPES adalah sepertimana yang diajar di Maktab Tentera DiRaja. Kadet-kadet PALAPES yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan mereka akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong sebagai Leftenan Muda di dalam Askar Wataniah. Sehingga kini, 13 PALAPES telah ditubuhkan di IPTA iaitu :

1. PALAPES Universiti Malaya (UM)
2. PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. PALAPES Universiti Sains Malaysia (USM)
5. PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM)
7. PALAPES Universiti Teknologi Mara (UiTM)
8. PALAPES Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS)
9. PALAPES Universiti Malaysia Sarawak (UMS)
10. PALAPES Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI)
11. PALAPES UTHM (UTHM)
12. PALAPES UNIMAP (UNIMAP)
13. PALAPES UPNM (UPNM)

credit : palapesukm.blogspot.com

Assalamualaikum ..