Search This Blog

Saturday 29 June 2013

Palapes .

Assalamualaikum ..



PALAPES adalah singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan yang kalau di luar dikenali sebagai Askar Wataniah. Mempunyai objektif melatih pelajar2 IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisplin dan bersemangat waja. Latihan PALAPES dilaksanakan 3 tahun. Tahun pertama adalah peringkat Junior, tahun kedua adalah peringkat Intermediate dan tahun ketiga adalah peringkat Senior. Jenis2 latihan yang dilaksanakan di PALAPES ialah latihan tempatan: 240 jam setahun, latihan lanjutan: 14 hari setahun, latihan kem tahunan: 15 hari setahun dan latihan pentauliahan: 21 hari setahun (Pegawai Kadet Senior sahaja).



Para pelajar yang menyertai Kadet PALAPES juga akan diberi imbuhan penyertaan seperti ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Wataniah setelah lulus semua peringkat latihan, mendapat sajian percuma sepanjang tahun serta elaun bagi setiap latihan yang disertaiKeistimewaannya, pelajar2 berpeluang menjalani aktiviti lasak dan mencabar, berpeluang mempelajari dan mengendalikan pelbagai senjata yang terdapat di dalam silibus Pegawai Kadet PALAPES, berpeluang melawat institusi Latihan Ketenteraan, berpeluang menyertai istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di IPTA seluruh Malaysia, pengurniaan Watikah Tauliah sebagai Leftenan Muda ke dalam Rejimen Askar Wataniah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.



! Only the tough remain !
!.. hojyeahh ..!
. mohon Allah kuatkan hati kami dalam menghadapi palapes .
.. amin ..



credit to : Maizura Marzuki

Assalamualaikum ..

No comments:

Post a Comment

thanks for comment here . barakallahu fiik :)
dua, tiga kucing berlari,
...okay itu saja... ^^V