Search This Blog

Friday 16 August 2013

Pengalaman sepanjang menjalani latihan palapes .

Assalamualaikum ..

semalam dah janji kan nak bagi korang tengok gambar2 masa kitorang dah lulus syarat2 kemasukan palapes and pengalaman yang kitorang dapat dalam palapes ni . Insyaallah . kitorang kena menjalani temuduga, medical check up *termasuk berat, tinggi, bmi* ujian kecergasan, ujian IQ, ujian fizikal dan lain-lain . semua ujian ni sebagai syarat je untuk melayakkan diri masuk palapes . time ujian ni berlangsung, memang tak sangka jugak la boleh lulus . kalau korang tengok aku depan2, confirm tak caya aku boleh masuk palapes . sebab ketinggian aku tak mencukupi . gelak guling-guling cepat ! :P tapi jurulatih kitorang tak kisah sangat pasal ketinggian, yang penting komitmen kita dalam palapes ni . memang awal-awal kena sedia mental fizikal yang cukup untuk sertai palapes ni . dah habis semua ujian ni, kitorang dibawa ke markas yang terletak di UKM . kitorang dengar taklimat, ikrar dan doa segala bagai . pastu ada ikrar angkat sumpah . time ni kitorang kena isi borang menandakan kita dah setuju 100% untuk sertai palapes, berjanji yang kitorang akan setia dan menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya . haa, gituu . cuak jugak la time ni sebab kena cop 10 jari . nasib tak mintak jari kaki . eheh gurau je . korang jangan takut la nak masuk palapes ni . asal tak hilang hidung, jari, tangan, kaki, kira okay what ? ;)



- markas palapes UKM -

latihan berterusan kitorang yang pertama kat kedah . maaf kalau silap . ada ujian menembak kat sana . memang best sebab kitorang diajar cara menembak yang betul sambil dibantu pegawai-pegawai dengan jurulatih .




Ketua jurulatih palapes UKM, Lt. Kol. Mohd Sahar bin Hj. Said







serious cakap la, tak rugi pun korang join palapes ni . macam-macam yang kitorang belajar secara langsung atau tak langsung dalam palapes ni . pengalaman yang rasanya korang takkan dapat kat mana-mana tempat . kira beruntung jugak la kitorang dapat ketua jurulatih yang sangat menekankan soal agama . kalau ada masa, kitorang akan solat berjemaah sama-sama, buat forum and macam-macam lagi . tipu la kalau nak cakap takde kekurangan atau masalah langsung . kat mana-mana pun, takde tempat yang sempurna . cuma kitorang saling melengkapkan apa yang terkurang terlebih . gituu kau ayat aku nak manis macam gula melaka je gamaknya . ekekeke




susah kott kalau nak explain pengalaman yang kitorang dapat satu-persatu ni . korang kena lalui semua ni sendiri, baru korang dapat rasa apa yang kitorang rasa . ececece poyo je . bak kata korang, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian . maybe sekarang, kita akan rasa susah sikit la sebab kena belajar bahagikan masa antara akademik dengan kokurikulum serentak . akan datang, mana tau dengan sijil yang kita dapat dari palapes ni banyak membantu kita terutamanya di alam pekerjaan nanti . hoii sape tak nak amek sijil dari agong ?? sekejap je benda ni . silap hari bulan, mesti tetibe korang rasa tak percaya dah nak tauliah . 3 tahun je . eh gaya aku macam baru dapat sijil tauliah je gamaknya khonn >..<

mari kita berusaha bersama-sama . fighting ! :D
truly said, minta maaf banyak-banyak la kalau silap maklumat ke ape ke . tak reti buat ayat . lalalalala

Assalamualaikum ..

2 comments:

thanks for comment here . barakallahu fiik :)
dua, tiga kucing berlari,
...okay itu saja... ^^V